Want your
own Fotopage?






 


By: AUREANAYZ ERICA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 21-Oct-2009 12:00 Email | Share | | Bookmark
ASSALAMUALAIKUM DAN JUMPA KEMBALI

Kami akan mula update semua yg tertinggal selama ini.
Kebetulan sejak pulang ke Malaysia terlalu sibuk dan kesuntukan masa.

Sesiapa yang berminat dengan busana muslimah sila layari
http://ummyfaqihahibni.fotopages.com


Thursday, 28-Jun-2007 23:42 Email | Share | | Bookmark
JUMPA LAGI

 


SAYA SEDANG BERCUTI KERANA DALAM PERSIAPAN PULANG FOR GOOD KE MALAYSIA. SESAMPAI DI MALAYSIA AKAN SAYA UPDATE KEMBALI MANA-MANA TEMPAT YANG BELUM SEMPAT DI KEMASKINIKAN:

Kepada yang melawati FP saya terima kasih saya belum sempat menjawab namun saya lawati juga Fp kalian semua.

SEMOGA KETEMU LAGI


Aureanayz Scritta;

Quote:

MamaFaMi :: dah sampai kl dah mama.insyaAllah..
maR :: insyaAllah sis,malunya nak jumpa akak nie orgnya tak lawa comot lak tu.tq
rinnchan :: lama tak mengupdate kes lupa pwd,nasib baik terjumpa dlm diary buruk..insyaAllah soon,opps..rupa2nya saya muda dari kakrinn aureanayz panggil kakrinn ya..
David,Busana Cun,sabrina boutique ::
Baba dah Separuh Abad :: dah habis dah..sesampai kat sini byk plak dugaan tambah plak penyakit M menumpang ..
:zakiah z :: boleh2..lama sampai baru nak jawab hehe..
preciouspoknie :: terima kasih..hujan emas di tempat org hujan batu di tempat sendiri lebih baik di tempat sendiri kann...
MamaFaMi :: tu la mama punya la lama sampai lupa2..will be update soon..
hafifi :: ...



Thursday, 24-May-2007 12:00 Email | Share | | Bookmark
BERN - SWITZERLAND

 
 
 
View all 22 photos...









Monday, 26-Mar-2007 22:01 Email | Share | | Bookmark
UMRAH MAKKAH AL-MUKARAMAH

 
 
 
View all 38 photos...
ALHAMDULILAh kami sempat di Madinah selama 3 hari, dan melawat beberapa tempat bersejarah antaranya Masjid Kuba, Masjid Qiblatin, Makam Para Syuhadah dan bebrapa tempat lagi.Terima kasih kepada adik Faisal, Hafiz, dan beberapa lagi, pelajar Malaysia di University Madinah kerana membawa kami ke tempat bersejarah dengan penerangan yang amat berguna.

March 12, kami terbang ke Mekah dengan pesawat Saudi Airlines dari Madinah.perjalanan memakan masa 50 minutes sahaja.Kali ini kami dah siap-siap BERIHRAM untuk mengerjakan umrah di Kota Suci Mekah.

Usaha untuk mengerjakan UMRAH ini sudah lama dirancang,namun pihak berkuasa Arab Saudi tidak mengeluarkan visa Umrah selepas musim Haji lalu, kerana atas sebab tertentu, bagi menghalang jemaah datang dan overstay sehingga Musim Haji.

Namun kehendak ALLAh swt tidak siapa dapat menghalangnya, kami akhirnya diberikan VISA ZIARAH atas sebab tertentu, antaranya kerana Passport yang kami miliki dan atas dasar G to G.


ALHAMDULILAH dengan Passport Diplomatik dan hubunga akrab Malaysia dengan Arab Saudi Visa kami diluluskan dengan sekali memohon dalam masa kurang dari seminggu..syukur. Atas sebab-sebab ini jugak kenapa kami terpaksa ke Jeddah dan ke Madinah dulu kerana kami tidak berihram dari Milan kerana ats nasihat bagi menghormati Visa Ziarah yang diberikan.

Setelah hari-hari kena roti, kami akhirnya dapat mejamah nasi di Mekkah. Pertama kali kami makan nasi dalam talam dan kemudiannya nasi Kabsha,nasi yang didalamnya diletak ayam dengan kari, satu bekas cukup untuk 4 orang bagi kita orang Malaysia.

NASI KABSHA

Nasi dalam talam...
Namun, bagi orang Arab, satu bekas untuk satu orang sahaj dengan ayam sebelah. Nasi mandi juga antara yang kami cuba, setiap kali lepas solat Isya di masjid..Kepada jemaah yang ingin makan nasi kabsha,boleh mencarinya di Restaurant Taza di Kota Mekah.Saya pasti mereka yang sudah ke sana tahu akan nasi ini, kami sekadar memaparkan apa yang kami lakukan disana tidak lebih dari itu jauh sekali untk menunjuk dan berbangga.


sup kambing dan roti canai, reseki kami tetiba sahaja masuk kedai untuk bersarapan bila mahu bayar empunya kedai tidak mahu menerima katanya sedekah...khalaj..alhamdulilah.

Kata org disini ALLAH membayar tunai apa perlakuan kita, maka itu yang ayah budak-budak ini ceritakan pada anak kami sebagai semangat, kerna 5 minit sebelum masuk kedai berkenaan, anak-anak kami meminta wang supaya disedekah pada seorang lelaki tyua yang sedang menolak troley dengan keadaan daif. ALHAMDULILAH, satu pengalaman dan pengajaran yang baik untuk mereka.



Burung merpati berdekatan dengan Masjid Kuching..macam di Trafaqar dan Milan


Jemaah mula ramai menunggu solat Magrib

Saei ....

Air ZAM-ZAM..



Air zam-zam yang dibeli dan dibawa balik, sampai di Airport Milan, lebih sejam tunggu air zam-zam ini tak kelaur-keluar,kemungkinan besar ianya ditahan oleh pihak berkuasa Italy. Kebanyakkan Airport di europe tidak membenarkan kita membawa sebarang liquid semasa hand carry check in, wpun air mineral dan perfumes. Di Jeddah kami check in dalam kargo dan memang dikhaskan dalam satu tempat kami percaya ianya ditahan kerana prasangka dan perasaan takut pada bayang sendiri Barat dalam Aviation System and Policy sekarang.



SYKUR ALHAMDULILAH, kami selamat mengerjakan ibdah UMRAH ini dengan keizinaNYA dan dengan kehendakMu ya ALLAH.Yang pasti ianya sesuatu yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata dan perasaan ketenangan dan kerkerdilan kita sebagai makhluk ALLAH amat terasa sekali. INSYALLAH dengan kehendak dan izinMU yang ALLAH kami berdoa agar kami mampu untuk ke sana lagi selagi kami dizinkanMu..amin.


NOTA
Entry ini hanya pandangan peribadi kami dan tidak langsung berniat sebaliknya,ianya lebih kepada paparan untuk anak-anak dan saudara mara yang mana semoga dengan ini akan meninggalkan kesan pada anak-anak kami untuk menambahkan semangat dan keimanan mereka dengan kebesaran ILLAHI..Kepada sahabat dan rakan yang melayarinya semoga mendapt sedikit info yang berguna dari kami yang jahil ini, selebihnya perlu dirujuk kepada mereka yang bertauliah dan lebih arif.....wallahualam


Aureanayz scritta;

Quote:
daddy munzir - cheabe bawak hp camera,masa tu seram sejuk jugak takut kena rampas.skrg nie dah boleh bawak hp masuk masjid,kalau madinah org perempuan tak boleh bawak langsung...nasib2.
rinnchan - insyaallah rinn,kalau ada niat.. semoga dipermudahkan Allah.
mommy_d&d - insyaAllah akak doakan,anak2 akak bukan main seronk kalau dapat makan aiskrim setiap kali balik dr masjid,sampai sekarang asyik tanya lagi bila nak pergi mekah lagi..seronok katanya kalau pergi masjid,alhamdulillah..
ida isk - insyaAllah ida..kita doakan awak dimurahkan rezeki n bisnes kencang..
MamaFaMi - insyaAllah...mama.
kak kham - masa kat sana ari tu nampak depa nak perbesarkan lagi masjid,sebelah saei tu...
Sofea&Soraya Fashion sofeasoraya@yahoo.com - insyaAllah..Salam Perkenalan..terima kasih kerna sudi singgah fp saya yg tak seberapa..
maR- salammm sis...rindu la..lama tak jalan2 kerumah awak,akak masuk pun intai jer tak sempat nak tegur..sejak balik umrah pakat2 demam semua kat umah nie..siap buat 2 pusingan lagi,mak dia paling teruk 2 kali kena ,nie baru nak start enjin..
misniaa- insyaAllah..kita p sama2 nak..kalau ada rezeki ingat nak bawak abg besar plak..doa2kan kami ya..
Faizah::faizabelle79@hotmail.com : terima kasih kembali faizah, salam perkenalan juga dari saya.Terima kasih juga kerna sudi melawati entry arwah anaknda saya.


Sunday, 25-Mar-2007 09:00 Email | Share | | Bookmark
UMRAH - MADINAH AL-MUNAWARAH

Menjejak kaki ke Jeddah Airport
Hotel penginapan kami Madinah Hilton
Hilton Madinah..kedudukan yg amat dekat berdepan dengan Masjid N
View all 25 photos...
ALHAMDULILAH SYUKUR KEHADRAT ILLAHI.
Dengan keizinanNYA akhirnya kami sekeluarga selamat mengerjakan ibadah UMRAH dari March 9-16,2007 yang lalu.Kalau selalu hanya mendengar dari sanak saudara dan pembacaan mengenai kebesaran ILLAHI dan keindahan dua kota suci ini, kali ini dengan kehendak Mu YA ALLAH segalanya berjalan dengan selamat.




Secantik-cantik Big Ben di Kota London, Eifel Tower Paris dan Duomo Milan tak sehebat kebesaran Kaabah dan Masjid Nabawi di Madinah.

Sehebat-hebat kerdipan neon di kota lain tak seindah dan senyaman suasana disekitar Masjid Nabawi dan Kaabah.

Sedingin udara Milan dan London tak sesyahdu ketenangan di Madinah dan Mekah. Walau sibuk macam mana sekali pun Milan dan Paris tak seindah suasana malam disekitar Mekah.

Semerdu-merdu suara Pavaroti tak setanding keasyikan dan ketenangan azan pada setiap waktu.
Anak-anak kami yang kecil pun dikejutkan jam 3 pagi utk ke masjid alhamdulilah tidak pernah merungut malahan asyik menanti untuk ke masjid lagi keesokkanya. Syukur pada ILLAHI selama membuat tawaf dan saei tidak sepatah mereka merungut kepenatan walaupun kami, alhamdulillah dapat mengerjakannya beberapa kali.

Suami yang dah ke sana beberapa kali pun, masih tidak dapat menahan sayu dan sebak setiap kali menjejak kaki ke Kota Mekah dan Madinah. Betullah kata orang melancong ke tempat lain tidak sama membuat UMRAH di Kota Mekah dan Madinah dan keinginan utk ke sana lagi masih tersimpan.Berbeza di bandar pelancongan lain sekali dua sudah cukup utk dilawati.



Perjalanan kami bermula dari Milan ke Jeddah pada March 9, 2007 dengan Saudi Airlines jam 1415 hrs Italy dan sampai di Jeddah 2000 hrs, Perjalanan selamat empat jam. Arab Saudi dua jam ahead dari Italy.





MASJID NABAWI

MASJID QIBLATIN



Aureanayz scritta;

Quote:
Ainie -salam perkenalan Ainie terima kasih kerna sudi menjeguk,alhamdulillah syukur sangat2..memang syahdu bila berada di sana terasa diri ini kerdil sangat.saya ikut suami bertugas sini.
daddy munzir - insyaAllah ada rezeki sampai
rinnchan - alhamdulillah tercapai jugak hajat kami,insyaAllah kalau ada rezeki sampai
mar BCN - memang cantik mar,insyaAllah..akak cuba ke blog mar beberapa kali kenapa tak dapat add comment ke akak yg tak pandai.. apa2 pun yr blog memang menarik
ida isk - insyaAllah ida mudahan tercapai hajat.


[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2014.

ns4008229.ip-198-27-68.net