Want your
own Fotopage?
















 


By: AUREANAYZ ERICA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  [3]  4  5  6  >  >>]    [Archive]
Saturday, 1-Jul-2006 12:00 Email | Share | | Bookmark
LUCERN - LUZERN SWITZERLAND PART II

 
 
 
View all 19 photos...
Accommodation? No problem ..dsini banyak terdapat hotel yang murah dan berpatutan untuk tourist.Tak perlu kita mencari hotel yang mahal dan bertarf 5 bintang kalau hanya sekadar tempat melelapkan mata.



Schuessel Hotel Lucern
Tel; + 41 41 210 10 61
email: info@luzern-schluessel.ch


This is the hotel that we stayed during our visit to Lucern, though they claim it is 4 star hotel,tetapi sesiapa yg pernah melancong ke Europe tahu standard hotel mereke tak sama dgn Malaysia 5 star mereka is just like 3 star in Malaysia. To me this ihotel is just 2 star in Malaysia.

Namun ianya amat selesa, the owner is an old lady and it is a family business.One thing good about this hotel is that they have room for family.

p/s Mar, the rate for family room which can accommodate 5 pax is CH 240/nite...depending on the season.




Road to The Castle..panjat jgn tak panjat...uhhhhh lotih...



Semangat punya pasal si kecik dua org ni pun panjat sama...



misniaa; dia org okay tak semput..omaknyer yg somputtt... Tue 11-Jul-2006 11:08
Posted by:aureanayz
Menariknyaaa... dan sungguh la mar kalu mmg tak bulih nak panjat tangga tu la kak hehehe Sat 15-Jul-2006 08:50
Posted by:maR  - [Link]
mar : akak pun semput jugak.. tapi bertapak pelan2,he..he..blk hotel memang lena sungguhhh.. Tue 18-Jul-2006 18:07
Posted by:aureanayz  - [Link]
View all 8 comments Add comment


Monday, 19-Jun-2006 19:47 Email | Share | | Bookmark
LUCERNE-LUZERN-SWITZERLAND

lake luzern
 
lake luzern
View all 15 photos...
LUCERNE

Lucerne dalam Bahasa Inggeris atau Luzern dalam bahasa Swiss adalah bandar yang sama.
Lucerne terletak di tengah-tengah Swizerland dan dikelilingi oleh Tasik Lucern.

Jarak dari Milan ke Lucern mengambil masa 3 jam perjalanan melalui St Moris dengan kereta.Perjalananya sungguh menarik dan mempesonakan kerna merentas pergunugan yang cantik diseliputi salji.
Lucerne mempunyai penduduk berjumlah 57,000 dan bandar ini dikatakan destinasi pelacongan yang paling menarik di Swizerland. Bandar ini mengambil nama sempena Tasil Lucerne dan bandarnya dibina disekeliling tasik dengan permandangan juga menakjubkan.Betullah seperti kata ramai orang bandar-bandar pelancongan di Swizerlannd adalah yang paling menarik dan cantik di eropah.


Untuk ke sini kita juga boleh menaiki keretapi dari Milan dan terus ke Lucerne yang mengambil masa 4 jam perjalanan, tetapi perjalanan selama 4 jam itu langsung tidak terasa dengan permandangan yang sungguh menakjubkan. Kedua-dua laluan amat memukau mata dengan permandangan yang berbeza.Kalau dengan keretapi permadangan lebih kepada country side yang unik dengan rumah-rumah kayu lama style Swiss manakala kalau dengan kereta pulak pergunungan ALPS dengan salji yang memutih di kiri kanan jalan.



fairyjasmin :: takpe slow2 alang2 berjalan biar puas hati,hotel yg akak stayed tu memang dekat sangat dgn town n train station very convenience.takpe kalau confirm nak mai milan just email akak. Esok akak ke Nice bawak budak jalan sebelum sekolah bukak.
terima kasih kerna sudi jenguk fp akak, harap serba sedikit boleh membantu
Thu 17-Aug-2006 18:38
Posted by:aureanayz aureanayz@yahoo.com  - [Link]
wow...cantik giler tmpt tuh...
bile nla nak p sane..
1s place yg saye brangan nak p...
Tue 26-Sep-2006 02:01
Posted by:tina tina_yorie@yahoo.com.my
InsyaAllah,ada rezeki mesti sampai tu... Tue 26-Sep-2006 10:12
Posted by:aureanayz  - [Link]
View all 15 comments Add comment


Saturday, 20-May-2006 16:22 Email | Share | | Bookmark
GELATERIA- ICE CREAM SHOP

 
 

Mamafami :: ari tu memang lembik betul..sebab tu dr kena dtg umah,
alhamdulillah dah semakin sihat.tq mama....nanti kita bawak mama p LUZERN/SWITZERLAND dlm tak berapa sihat bila hubby ajak jalan2 on ajer...sambil tu bawak ubat n vitamin

Misniaa :: dah semakin sihat,tq
Fri 16-Jun-2006 09:02
Posted by:aureanayz
Mak oiii, cantiknya gambar gambar eropah... harap harap jadilah hujung tahun ni kami ke europe... summer ni ke mana? Wed 19-Jul-2006 23:40
Posted by:Chibi Maruko  - [Link]
Chibi Maruko :: insyallah,ingat nak p jalan2 jugak tapi tiket mahal la Chibi. Fri 4-Aug-2006 00:08
Posted by:aureanayz  - [Link]
View all 9 comments Add comment


Saturday, 20-May-2006 12:00 Email | Share | | Bookmark
ITALIAN HOME MADE ICE CREAM - GELATO

 
PILIH YG MANA SATU BERKENAN
 
View all 10 photos...
ITALIAN HOME MADE ICE CREAM

SEMEMANGNYA SEDAPP,RUGI KALAU SESIAPA YANG DATANG KE SINI TIDAK MENCUBA
ITALIAN ICE CREAM,



ADA MACAM2 PERISA YG KITA INGINKAN.TAPI HATI2 TAK SEMUANYA HALAL
ADA DI CAMPUR DGN ALCOHOL



ICE CREAM CAKE


ANAK-ANAK TAK SABAR NAK MAKAN.




maR: Akak mmg suka tp bebudak ni lagi ler, jadiknya, kita pun control takut kita suker dia suker hari2 le jawabnyer... Mon 22-May-2006 21:57
Posted by:aureanayz  - [Link]
ouhhhhherrrgghhhh.....geramnya...geramnya...nak kirim boleh?
Mon 5-Jun-2006 13:22
Posted by:|misniaa|  - [Link]
Misniaa :: boleh aje...cuma bila sampai tu.. dah jadi jus ice cream.... Fri 16-Jun-2006 09:16
Posted by:aureanayz  - [Link]
View all 10 comments Add comment


Sunday, 30-Apr-2006 18:05 Email | Share | | Bookmark
SENJA

 
 
 








GAMBAR DARI ARCHIVE KAMI

me too sekarang dah back to normal.. cuma penat ckit ajer.thanks sis. Tue 16-May-2006 18:51
Posted by:unnamed
Masyaallah, cantiknya Wed 17-May-2006 21:32
Posted by:yangmazni  - [Link]
YangMazni :::Thanks Fri 19-May-2006 20:28
Posted by:aureanayz
View all 14 comments Add comment


Wednesday, 19-Apr-2006 11:09 Email | Share | | Bookmark
VISITING MILANELLO ~ AC MILAN TRAINING GROUND ON 12 APRIL 2006

 
 
 
View all 12 photos...
MILANELLO ABOUT 50 KM FROM MILAN CITY CENTRE IS THE TRANING CENTRE
FOR AC MILAN FOOTBALL TEAM.




The construction of Milanello started in 1961.The construction completed in 1963. Milanello is being known worldwide as being one of the best training centers that a soccer team could possibly have.
The masterminds behind Milanello are the architect Viani and the engineer Crescentini.




Milanello merangkumi seluas 114.000 square kilometers, di sebuah daerah perkampungan di Milan,bagaimanapun ia dihubungkan dengan rangkaian lebuhraya yang menarik dan tidak susah untuk sampai ke sana. Kompleks ini mempunyai 6 padang bolasepak, yang mana 3 adalah indoor dan padang Astroturf .




Didalam kehijauan hutan, kompleks ini juga mempunyai track sejauh 1.2 km yang digunakan bagi menguji ketangkasan dan kecergasan pemain.





Note: date on camera was wrong sbb camra terkejut dpt jumpa pemain2 nie kot..should be 2006

Kereeeeeeen ..! Hebat deh kamu bisa ketemu sama pemain MIlan .. Saya kapan punya kesempatan spt itu ya? O, ya Salam kenal dari MIlanisti Indonesia neh ... saya fans sejati milan!! Thu 3-May-2007 13:49
Posted by:sheed kaksheed@yahoo.com
Sheed: reseki anaknda saya,Sheed.bapaknya yang bawa bertemu pemain AC MILAN kebetulan ada urusan dgn AC MILAN.Dan dia mmg minat sakan dgn ac milan nie.Anak saya tanya di sana macam mana sambutan pada ac atau inter? Tue 8-May-2007 18:53
Posted by:aureanayz  - [Link]
HEBATTTTT!!! SYA INGIN SEKALI BERTEMU MEREKA KAWAN...QMU HEBAT BSA B'JUMPA DG MEREKA...
MEREKA MCAM BSAHABAT DAN RAMAH2 KE?
Fri 21-Mar-2008 11:05
Posted by:adhe complicated_uthz@yahoo.com
View all 11 comments Add comment


Thursday, 13-Apr-2006 18:06 Email | Share | | Bookmark
BUNGA-FLOWERS-FIORE-DOK MAI-OHANA

 
 
 
View all 13 photos...
BUNGA TULIP HASIL SEMIAN NOVEMBER 2005
















tu la...selama dok sini baru jumpa bulb tulip,kita kat sini tanam gak kangkung n ulam raja belum tumbuh lagi, waa...tak aci a..dia tanam banyak lagi.thn nie tak tanam dah serai n kunyit asyik hidup segan mati tak mau je... Tue 18-Apr-2006 08:12
Posted by:aureanayz
Lovely flowers....very colorful...seronok tengok! Wed 19-Apr-2006 08:26
Posted by:MamaFaMi  - [Link]
MamaFami:::Thanks,mama Thu 20-Apr-2006 09:44
Posted by:aureanayz  - [Link]
View all 7 comments Add comment


Tuesday, 4-Apr-2006 20:46 Email | Share | | Bookmark
PALERMO, SICILY ITALY

 
 
 
View all 16 photos...
Minutes ago, AC MILAN beat LYON of France in 2nd League Champoins League at San Siro Stadium.

Saya tak minat sangat tapi budak-budak ngan ayah budak-budak siap menjerit-jerit lagi kerana AC Milan. Minggu ni, bapa budak ni ngan anak lelaki saya di jemput ke tempat latihan mereka.

Posting kali ni ialah Palermo di Sicily Italy yang kami lawati weekend lalu.



Palermo, adalah Bandar utama di Sicily, Italy, didalam pronvice juga dikenali dengan Plaermo. Pronvince Sicily ini juga mempunya bandar lain yang juga terkenal seperti Palermo iaitu Catania. Ini adalah dua bandar utama di Sicily.



Mengikut rakyat tempatan mereka lebih gemar dikenali sebagai Sicilian dan bukan Italian. Sebenarnya, penduduk Sicily tidak suka mereka dikaitkan dengan Italy. Disinilah juga bermulanya MAFIA.

Kumpulan MAFIA dari Sicily memang terkenal sebagai yang paling hebat dan ganas berbanding Province lain.

Oleh kerana kedudukan geography sedemikian, iaitu berhampitan dengan negara-negara Afrika Utara seperti Tunisia, Algeria dan Moroco, tidak hairanlah kalau budaya dan perwatakan mereka banyak dipengaruhi oleh wajah-wajah Arab Afrika utara.



Kalau nak ke sana selain dari kapalterbang ialah dengan menaiki feri kerana projek pembinaan Jambatan menghubungkan tanah besar Italy belum pernah dapat dilaksanakan diatas sebab keselamatan dan peranan Mafia.

Ada rasa sedikit takut jugak ke sana, nak-nak ayah budak-budak ni ditegur oleh sekumpulan pemuda mereka ketika makan. Apabila ditanya kepada kawan kami katanya memang mereka disini lebih peramah dari mereka di utara Tanah Besar Italy.

Jarak dari Rome ke Palewrmo ialah sejauh 6 jam perjalanan manakala dari Milan ialah sejauh 12 jam perjalanan denagn kereta dan 1 jam 30 minit dengan kapalterbang. Bagisaya ianya macam Langkawi sebab banyak tempat peranginan dan menarik di tepi pantai.

betul kakliza,suasana tu memang cantik utk haneymoon...
satu je yg takut banyak mafia...
Wed 12-Apr-2006 11:07
Posted by:aureanayz
kak saya dah ok sikit. thanks for ur wishes! Thu 13-Apr-2006 17:48
Posted by:maR  - [Link]
alhamdulillah,sis dah beransur baik.. Thu 13-Apr-2006 18:46
Posted by:aureanayz  - [Link]
View all 9 comments Add comment


Wednesday, 29-Mar-2006 15:02 Email | Share | | Bookmark
WORLD CUP FEVER

players
game on
ac supporters
View all 17 photos...


Saturday, March 25, 2006 - my son berkesempatan menonton perlawanan bolasepak
AC Milan Vs Fiorentina dalam Series A, buat kali kedua, seronok dia tak terkata.
Dengar cerita Jemputan ini akan berterusan untuk another two matches.

Thing that make me feel sooooo proud is that Visit Malaysia Year 2007 (VMY) logo was there !


one of the sponsors



ALHAMDULILAH kalau nak beli tiket Grand Stand mau dalam Euro 300 to Euro 400, al jawabnye tak der la..


Supporters


actions






NOTE::: GARBAR-GAMBAR INI DI AMBIL OLEH ANAKNDA SAYA.



akak update la update la... nak tengok suasana kat sinun sama Mon 3-Apr-2006 19:27
Posted by:maR  - [Link]
nanti kita bawak sis p Palemo tempet byk mafia.... Tue 4-Apr-2006 09:17
Posted by:aureanayz  - [Link]
Asalkan nama jejalan, tak kisah. Kalau akak jadi tour guide, maknanya akak pon ikut sekali jumpak mafia tu Wed 5-Apr-2006 11:36
Posted by:maR  - [Link]
View all 8 comments Add comment


Saturday, 25-Mar-2006 00:35 Email | Share | | Bookmark
BOSNIA HERZEGOVINA

TAMAN REKREASI DI BOSNIA
PARK IN SARAJEVO
SHOPPING BAZAAR SARAJEVO
View all 10 photos...
Bosnia and Herzegovina (nama tempatan: Bosna i Hercegovina/Босна и Херцеговина, singkatan OR commonly abbreviated as BiH/БиХ) terletak di sebelah Timur, Selatan Eropah. Dianggarkan penduduknya berjumlah 4 juta. Tiga bangsa terbesar iaitu Bosniaks, Serbs dan Croats membentuk penduduk Bosnia ini. Bosnia mengistiharkan kemerdekaan pada March 3, 1992 dari Yugoslavia.



Selain Sarajevo sebagai ibu negara, bandar besar lain ialah Mostar dan Travanik. Yang menarik sini ialah hasil peninggalan kerajaan Othmaniah banyak mempengaruhi sejarah, architecture dan budaya Bosnia. Hingga kini kito boleh tengok hasil kesan Kerajaan Othmaniah dan juga yang menyedihkan kesan-kesan perang...sungguh terlalu menyedihkan!



Menurt ayah budak-budak ni yang ke sana tempoh hari atas urusan rasmi, Stadium utama di Sarajevo kini ditukar menjadi tapak perkuburan. Kawasannya amat besar sekali lebih luas dari Stadium Merdeka dan persekitaranya. Beza kubur Islam dengan agama lain ialah warna, kalau putih kubur Islam dan warna selainnya adalah kubur agama lain.



Kedai makan tak susah, 99.99 % halal.barang disini murah-murah 1 KM sama dengan RM 2.50 dan cost of living amat murah.Banyak peningalan sejarah di zaman Othmaniah dan juga kesan-kesan perang yang lalu.

lawa lawa jugak yer kat Bosnia. sekarang ni kalo pegi Bosnia dari segi keselamatan OK ker? Sat 25-Nov-2006 23:35
Posted by:Lutfiyah Zahra  - [Link]
akak rasa kalau nak pergi bercuti dgn family rasanya tak berapa selamat.melainkan kita ada kenalan disana. Tue 5-Dec-2006 11:08
Posted by:aureanayz  - [Link]
boleh bagi no contact sebab saya akan ke bosnia april 2008 Thu 24-Jan-2008 10:20
Posted by:syaza
View all 11 comments Add comment


[<<  <  1  2  [3]  4  5  6  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.