 |
|
Want your own Fotopage?

|
|

By: AUREANAYZ ERICA
[Recommend this Fotopage] |
[Share this Fotopage]
| [Track this Fotopage]
|
View complete fotopage
|
|
| Tuesday, 4-Apr-2006 20:46 |
Email | Share | Bookmark |
|
PALERMO, SICILY ITALY
|
|
Minutes ago, AC MILAN beat LYON of France in 2nd League Champoins League at San Siro Stadium.
Saya tak minat sangat tapi budak-budak ngan ayah budak-budak siap menjerit-jerit lagi kerana AC Milan. Minggu ni, bapa budak ni ngan anak lelaki saya di jemput ke tempat latihan mereka.
Posting kali ni ialah Palermo di Sicily Italy yang kami lawati weekend lalu.
Palermo, adalah Bandar utama di Sicily, Italy, didalam pronvice juga dikenali dengan Plaermo. Pronvince Sicily ini juga mempunya bandar lain yang juga terkenal seperti Palermo iaitu Catania. Ini adalah dua bandar utama di Sicily.
Mengikut rakyat tempatan mereka lebih gemar dikenali sebagai Sicilian dan bukan Italian. Sebenarnya, penduduk Sicily tidak suka mereka dikaitkan dengan Italy. Disinilah juga bermulanya MAFIA.
Kumpulan MAFIA dari Sicily memang terkenal sebagai yang paling hebat dan ganas berbanding Province lain.
Oleh kerana kedudukan geography sedemikian, iaitu berhampitan dengan negara-negara Afrika Utara seperti Tunisia, Algeria dan Moroco, tidak hairanlah kalau budaya dan perwatakan mereka banyak dipengaruhi oleh wajah-wajah Arab Afrika utara.
Kalau nak ke sana selain dari kapalterbang ialah dengan menaiki feri kerana projek pembinaan Jambatan menghubungkan tanah besar Italy belum pernah dapat dilaksanakan diatas sebab keselamatan dan peranan Mafia.
Ada rasa sedikit takut jugak ke sana, nak-nak ayah budak-budak ni ditegur oleh sekumpulan pemuda mereka ketika makan. Apabila ditanya kepada kawan kami katanya memang mereka disini lebih peramah dari mereka di utara Tanah Besar Italy.
Jarak dari Rome ke Palewrmo ialah sejauh 6 jam perjalanan manakala dari Milan ialah sejauh 12 jam perjalanan denagn kereta dan 1 jam 30 minit dengan kapalterbang. Bagisaya ianya macam Langkawi sebab banyak tempat peranginan dan menarik di tepi pantai.
|
|
|
|
|
View complete fotopage
|
|
|
|
 |
|
|
|